Sunday, October 31, 2010

Pecah rumah di Kenanga Apartment, Puchong.

Malam tadi  31.10.10 aku telah berjumpa dengan seorang pegawai kanan Bukit Aman dan beliau telah memaklumkan telah menerima aduan mengenai  2 kes pecah rumah dalam seminggu  di Kenanga Apartment, Puchong. Alangkah terkejut dengan sistem sekuriti yang canggih dan ketat, penjenayah masih dapat bolos kedalam kawasan apartment untuk melakukan pecah rumah.
Setelah di periksa usul nya ialah pengawal keselamatan adalah warganegara asing yang langsung tidak boleh bertutur bahasa Malaysia dan tiada pengalaman sebagai seorang pengawal.

Tuan tuan dan puan puan, cuba bayangkan kebahayaan nya kita menaruh harapan kepada pihak JMB yang mengajikan orang asing untuk menjaga keslamatan anak anak kita dan isteri tersayang kita semasa kita tiada dirumah. Orang asing ini tidak di daftar dan masuk kengeara kita ini secara bolos.

Kalau orang asing ini melakukan jenayah, kan pening. Tiada identification kerana kosong, maka bagaimana pula pihak polis mahu trace orang tersebut. Maka saya cadangkan supaya JMB dapat memperbetulkan perkara. Jangan menaruh harapan sangat kepada orang asing ini. Make sure daftarkan penghuni penghuni yang sewa. Mohon kerjasama pemilik yang ingin menyewakan unit mereka untuk maklum kepada JMB supaya JMB boleh minta polis semak background penyewa.

Salah satu modus operandi penjenayah geng pecah rumah ialah sewa satu unit didalam kawasan yang sama dan akan menjadi pointer kepada penjenayah yang lain untuk melakukan jenayah. Keadaan jiran tetangga yang tidak mesra dan saling tidak bertegur juga menjadikan keadaan kondusif untukk penjenayah m,elakukan jenayagh.

Renung lah sejenak, berbaik baik lah dengan jiran anda. Munkin satu hari nanti anda akan memerlukan jiran anda.

No comments:

Post a Comment