Tuesday, December 28, 2010

Ketidakapaan oleh jiran menyebabkan pecah rumah

10hb Disember 2010
Jam 12-1tengahari.
Bandar Puteri seksyen 10.

Seorang pencuri di syaki lelaki India berumur lingkungan 20-30 tahun berjaya memecah masuk 3 buah rumah di kawasan tersebut dan melarikan barang berharga. Polis repot telah di buat dan saspek telah di kenal pasti melalui rakaman cctv.

Alangkah kecewa semasa temubual dengan jiran mereka tidak kenali satu sama lain dan tidak tahu nombor talipon jiran. Agak terkejut apabila mendengar bahawa ada jiran mendengar alarm di bunyikan tetapi tidak mengendahkan nya kerana menganggap nya terbunyi atau short circuit. I pun tak tahu ada jiran beritahu dia nampak satu lelaki India keluar dari rumah Cina melalui pintu belakang tetapi tidak mengendahkan nya. Ada pula Ah Soh nampak saspek berjalan jalan belakang lorong. Ai yah, mengapa tidak menalipon polis dan saya pasti polis akan berjaya memberkas nya kerana kawasan lorong itu tidak mempunyai escape route.

Satu peluang yang baik untuk menyelesaikan kes pecah rumah di lepaskan begitu saja. Adakah ini lah di panggil public apathy? Sungguh kesian pada polis. Mereka mengharapkan informasi informasi yang baik dan peluang terbaik ini telah pun di lepaskan.

Marilah kita sama sama lebih berwaspada dan proaktif terhadap gejala gejala sedemikian dan segeralah menghubungi polis 03 20529999. Ini kali rumah jiran munkin kali lain rumah kita. Maka itu sama sama lah kita melindungi jiran kita.

No comments:

Post a Comment