Salam hormat semua ahli CP,
SOP Rondaan. ( Standard Operating Procedures)
Semua CP yang hendak membuat rondaan PERLU DAN MESTI bincang dengan Ketua Polis Balai tempatan.
Surat sokongan boleh di peorlehi dari pejabat Community Policing Selangor.
Semua CP tidak di benarkan membuat rondaan tanpa kelulusan Ketua Polis Balai secara bertulis atau daripada Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Negeri.
SOP Rondaan.
Isikan borang rondaan dan serahkan kepada Ketua Balai Polis untuk pengesahan dan kelulusan.
Nama ahli rondaan. No KP/ Alamat/ No Tel/ No kenderaan/ jenis kenderaan/ Kawasan Rondaan/ masa rondaan mestilah di isi untuk tujuan rondaan.
Ahli CP yang membuat rondaan di mestikan :
Memakai Vest CP.
Memakai Baju atau PoloT CP.
Berpakaian kemas.
Tidak di benarkan rokok.
Memakai kasut.
Membawa kad pengenalan CP.
Untuk membuat rondaan sesebuah taman perumahan.
Ahli CP di peruntukkan lorong /jalan perumahan. Contoh. Mr Ali rondaan di kawasan Taman Muda Ampang. Beliau perlu menjaga 2 jalan/lorong.
Katakan En Ali jaga 2 jalan perumahan iaitu Jalan Bunga Tanjung 1 dan Jalan Bunga Tanjung 2.
En Ali perlu:-
Mengenal pasti.
berapa rumah ada di kedua dua jalan tersebut.
VIP yang menetap di 2 jalan tersebut
OKU / keluarga miskin yang berada di 2 jalan tersebut.
Rumah bujang yang bermasalah atau berkumpulan sering menukar motosikal
Rumah panas yang di syaki dimana penghuni nya dalam keadaan mencurigakan
Jumlah rumah kosong yang mempunyai masalah/ tiada masalah
Jumlah rumah kosong terbiar yang mempunyai gejala maksiat atau dadah
Padang permainan yang rosak,
Jalan yang berlubang dan rosak
Bus stop yang rosak dan gelap
Lampu jalan yang rosak/ tak menyala
Pengemis/ orang gila yang sedia ada
Sampah tak terurus
Rumput yang panjang
Anjing liar dan waktu di kelihatan
Semua lapuran ini harus di sediakan dan di serahkan kepada Ketua Polis Balai.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Kuan 012 2732148 .